Roses are Red chapter 1
Monday, 10 December 2012 | 0 comments


Roses Are Red

Minyeong POV….
Kim Jongin.Seorang budak lelaki yang terhangat di sekolah aku ni.Digilai ramai pelajar perempuan.Termasuk aku. Dia sekelas dengan aku.Tapi, kitorang tak pernah bertegur pun. Aku rasa, aku seorang je pelajar dalam kelas aku tu, yang tak pernah bertegur dengan dia tu.
Hari ni, mesti menjadi hari yang terindah dalam hidup Hyeri.Kawan baik aku. Mana tak nya? Dia dengan Jongin telah di pilih sebagai penyambut tetamu bagi majlis hari ini.
Aku hampir-hampir tak kenal si Hyeri tu. Kemain cantik lagi dia hari ni. Paling aku tak boleh tahan, dia pakai baju yang sama dengan Jongin!! Maklumlah, guru kelas kami yang reka design baju diorang tu.

“ Boow!”

Hampir melayang nyawa aku dibuatnya. Aku mengusap dadaku bagi mengusir rasa terkejut  tadi. Aku menoleh ke belakang.

“Hye?” Kelihatan Eunji sedang tersenyum comel sambil melambai ke arahku.

“Ishh! Kau ni, nasib baik aku ni tak ada penyakit lemah jantung tahu tak?” kataku sambil menjeling marah ke arahnya.

“Eheheheh….sorry lah. Aku saja je nak buat kau terkejut.Kau comel lah hihih…Huh! Cikgu Choi panggil kau tadi.Dia suruh kau pergi jumpa dia dekat  bilik guru.” Kata Eunji sambil menunduk hormat dan beredar.
Nak jumpa aku? Kenapa agaknya?

“ Minyeong!” Kata Eunji.Dia berpatah balik ke arahku.

“ Lagi satu, kau janganlah duduk seorang-seorang dekat koridor ni. Sebab, kau dah macam forever alone girl je aku tengok hihih…okay bye!” Kata Eunji sambil beredar.Kali ini, dia betul-betul beredar. Biasalah tu, Eunji memang terkenal dengan perangai kebudakan dia tu.

Aku menggeleng melihatkan telatah Eunji. Lantas, aku pun terus ke bilik guru.

Beberapa minit kemudian, aku pun tiba di bilik guru. Entah apa lah yang cikgu Choi nak dari aku ni? Nak kata aku buat salah,tak ada lah kot? Hurmmm redha je lah…

“ Huh! Dah sampai pun kamu. Saya sepatutnya kena uruskan makanan untuk majlis hari ni.Tapi, malang tak berbau kan? Ayah saya masuk hospital.Saya nak kamu uruskan pasal makanan hari ni. Saya nak kamu…”
“Cikgu, saya tak pandai masak lah.” Pantas aku memotong ayat cikgu Choi yang tergantung tadi.
Cikgu Choi tiba-tiba tertawa kecil.

“ Ahaha…jangan risau. Baekhyun dengan Sehun akan tolong kamu. Diorang tu kan memang suka memasak? Kamu pun apa kurangnya? Kamu kan ada restoran sendiri?” Kata cikgu Choi.

“Itu restoran appa saya….saya tak pandai…….”

“ Tak perlulah memasak kalau tak pandai. Kamu boleh potong bawang ke? tolong gaul masakan ke? betul kan? Dah, saya dah lambat ni bye.” Kata cikgu Choi. Sempat dia mengusap rambutku.

Huhrhhh!!! Aku benci memasak!

Aku melangkah malas menuju ke gelanggang badminton di belakang sekolah. Tempat di mana, Baekhyun dan Sehun sedang menunggu aku.

“ Eh! Sehun, kau nampak tak budak perempuan dekat sini? Hurmmm kita dah nak siap masak baru dia sampai kan?” Kata Baekhyun.Berbisa juga gurauan dia tu.

“ Oh, that’s good.Tak perlulah aku nak tolong korang kan?” Kataku.

“ Oit? Aku cakap, dah nak siap masak.Tapi belum siap lagi. Kau pergi kupas kentang-kentang tu, dan, goreng ayam-ayam tu. Sekian terima kasih.” Kata Baekhyun sambil menunduk ala-ala putera raja.

“  Eh! Kenapa aku pula? Sehun tu, dia asyik gaul je dari tadi.Suruh lah dia?” Kataku.Sememangnya,aku malas nak masak.

“ Kau tak tahu ke Minyeong? Aku ni, pakar menggaul.Kalau bukan aku yang gaul, masakan mesti tak menjadi tau?” Kata Sehun. Aku berpura-pura mahu muntah.

“ Werkk!  Ye lah tu. Okaylah aku buat.” Kataku sambil mengeluh berat.
Kentang yang direndam di dalam bekas ini,aku keluarkan,dan aku kupas kulitnya.Satu persatu.

“ Betul ke kau tak pandai memasak?” Tak payah tengok,aku dah tahu siapa kah gerangan yang bertanya tadi. Mataku tertumpu ke arah kentang ini lalu menjawab.

“ Kau ni, pergilah gaul masakan tu.Nanti, habis tak menjadi masakan tu.Kalau bukan kau yang kacau.Kan?” Perli ku. Gerangan bernama Sehun di sebelah menunjal perlahan kepalaku.

“ Eleh, aku tanya je pun? Bukan apa…”

“Dah,dah. Malas nak dengar suara kau. Lagi satu,tak berkat tau tak? Main-main kepala orang.Pergi gaul masakan tu.Aku tengok, dah menggelegak tu.” Kataku.Bahunya aku tolak kasar.

Kedebuk!

Sehun jatuh terduduk. Lembik juga dia ni.

Dia bingkas bangun,dan memperbetulkan kolar bajunya.

“ Nasib baik kau perempuan.” Katanya.Dia menabik ala askar,dan tertawa kecil.Alahai cair pula aku tengok dia.Rasa bersalah pula tengok dia terjatuh tadi.

Dia pergi ke tempatnya semula.Aku hanya memerhatinya.Kenapa aku tengok,dia ni macam bersinar-sinar?
Ah! Perasaan aku je ni.

Aku terus menyambung aktiviti aku yang tergendala tadi.

“  Cepatlah….bukannya aku suruh tanam kentang pun?”

Aku menoleh kea rah gerangan yang bersuara tadi.

Baekhyun?

“ Habis? Yang kau ni asyik mengarah je kenapa? Pergi lah buat kerja kau? Tak payah nak sibuk pasal aku.” Balasku.

Okay, dah siap pun.

“ See? Kerja aku dah siap? Nak titunnn (tidur) boleh?” Kataku.Baekhyun menjeling geram ke arahku.

“ Pergi lah…tapi, kau masih di perlukan! Jangan pergi merayau.Kau kena hantar eh! I mean, hidangkan makanan – makanan ni dekat dewan tu nanti.” Sekali lagi, si budak comel ni mengarah aku.

Itulah dia Baekhyun, nampak macam baik.Tapi tegas orangnya.
Tapi,…aku benci dia. Atas sebab-sebab tertentu.
Aku tersengih kerang kea rah Baekhyun dan pergi ke sebuah bangku yang berdekatan.

Masak tengah-tengah panas, memang basah lah aku.

Aku melabuhkan pinggulku di atas bangku ini.Ahh~~ nikmatnya dapat rehat? Dahi yang berpeluh, aku lap menggunakan lengan baju.

Mata memandang pemandangan manusia yang sedang sibuk memasak.

Secara tiba-tiba, mataku terpukau dengan gerak geri Sehun.Dia tunduk,dia gelak,dia senyum sambil gaul masakan…semuanya membuatkan aku tersenyum.

Ish! Kenapa dengan aku ni?

“ Ahaha… betul tu. Lepas tu dah hilang.”

Eh! Aku macam kenal suara tu. Aku memandang ke arah kanan. Kelihatan, Hyeri sedang berjalan sambil berbual dengan….wah! budak tu?

Kim Jongin….

Okay, perlu ke aku sakit hati? Tapi rasanya tak perlu?
Tapi, hati aku ni rasa macam, di cubit-cubit. Sakit sangat tengok kawan baik aku, bersama dengan Jongin.
Mereka ketawa,tersenyum, bergurau…

Ah! Stop Minyeong. Kau tak ada hak untuk cemburu.

Mataku terus memerhati mereka berdua.

“ Minyeong!” Terkejut aku.Tiba tiba sahaja Hyeri melambai ke arahku. Tapi mata aku tak pandang dia pun. Aku pandang orang sebelah dia. Entahlah…rasa macam…

Orang bercinta?

Aku tersenyum nipis bagi menghalau semua perkara mengarut yang hinggap dekat minda aku tadi.

Hyeri berjalan ke arahku. Paling aku tak tahan, Jongin pun berjalan kea rah aku ni. Rasa berdebar-debar pun ada.Aku tak tahu kenapa.

Hyeri melabuhkan pinggulnya di sebelahku. Tapi, bangku ni muat untuk dua orang je.Jadi, Jongin hanya berdiri. Alamak…handsomenya dia!

Aku menundukkan wajah.Bibir bawah aku gigit.

Kawal emosi…kawal emosi..kawal emosi!!

“ Minyeong? Kau okay ke?” Hyeri memegang bahuku. Aku terus mengangkat wajah.

“ Eh! Aku okay. Ihihi..okay sangat!” Balasku. Aku tersenyum menampakkan baris gigiku.

“ Korang, aku minta diri dulu ya? Nak pergi toilet.” Kata Jongin. Dia terus beredar. Hyeri menunduk hormat kepada Jongin. Aku tak tahu kenapa, badan aku ni beku tak boleh nak bergerak.

“ Oit? Dia dah pergi lah. Kau ni, bahaya betul lah.” Kata Hyeri.

Aku merenung mata Hyeri. Lama.

“ So, best jadi pasangan dia tadi?” Soalku. Hyeri tertawa kecil.

“ Alahai…kau ni, kitorang jadi penyambut tetamu je pun? Tak ada apa yang istimewa pun. Kau nak tahu tak, dia ada tanya pasal kau tadi.” Katanya. Aklu teruja bila dengar Hyeri cakap macam tu.

“ Eh! Ya ke? Dia tanya apa?” Soalku.

“ Tak ingat. Banyak sangat, yang aku ingat, dia tanya ‘ Siapa nama kawan baik awak yang selalu jalan dengan awak?’ ”  Balas Hyeri selamba.

Huh? Jongin tak tahu nama aku?

“ Ouhh ….” Balasku ringkas. Hyeri memandang wajahku. Dia tersenyum.

“ Kau betul-betul suka dia ke?” Soal Hyeri. Senyuman di bibirnya masih lagi terukir. Aku menghembuskan nafas berat.

“ Aku…”

 Belum sempat aku nak jawab, Baekhyun dah menganggu.

“ Minyeong!! Hantar makanan-makanan ni pergi dewan. Tak payah nak rehat lama sangat!” Baekhyun kelihatan penat. Apa-apa pun, kecomelan dia tak pernah hilang. Ah!!  Aku tahu, semua lelaki aku cakap comel?

“ Kau tengok tu Hyeri. Dia dengki lah tu, tengok aku rehat? Humphh!” Kataku. Aku bingkas bangun, begitu juga dengan Hyeri.

Hari ini, adalah hari yang terpelik bagi aku. Aku pun tak tahu kenapa. 

Sedang aku berjalan tiba-tiba..

Kedebuk!!

Baekhyun?!




home ff list facebook follow credit